IKLAN BERBAYAR

Wednesday, 2 July 2014

Pengosian Jiwa

Bismillah, Slm Ramadhan al-mubarak. Ramdhan yg ku kasihi dan yg ku sayangi. Begitu cepat rasanya masa berlalu. Seingat aku baru semalam dikau datang mengetuk pintu hati lantas memberi perkhabaran gembira kepada setiap umat Nabi SAW perihal kedatangan mu itu. Kedatangan mu pasti di sambut dengan penuh kesyukuran malah setiap jiwa merasakan manis saat bersama mu. Apa sahaja amalan kebajikan akan digandakan pahalanya. Baik siang mahu pun malam mu penuh hikmah. Jika siang mu kami berpuasa menjalankan ibadah rukun ke tiga dengan penuh keimanan dan tawaduk. Tanpa makan dan minum malah kami tetap teguh menjalankan syariat. Apabila malam mu tiba terasa penat lelah kami terbalas dengan pelbagai hidangan menarik. Antaranya solat terawikh,qiamulail,membaca al-quran,berzikir dan banyak lagi amslan lain yg sangat istimewa srbagai hadiah untuk kami. Dan yg pastinya tawaran ini hanya datang bersama mu. Ia tiada di dalam bulan-bulan yg lain. Manakala ganjaran pahala yg dijanjikan oleh Nya amat besar. Terasa rugi jika kita tidak merebut peluang yg didatangkan khas ini.
Betapa syukurnya aku berkesempatan bertemu dengan bulan yg mulia ini dalam keadaan diri,keluarga serta seluruh umat islam bersedia menyambutnya dengan semangat dan keimsnan yg tinggi terhadap penciptanya....

No comments:

Post a Comment